26 April 2016
okay first sekali cerita pasal time first time dapat Matrik pahang ni la kan. So i choose matrik even dapat upu. Maybe ada hikmah kot aku masuk matrik ni. Mula mula excited gila nak pergi yelah sebab first time masuk asrama kan hahaha. Tak tahu la kenapa dapat matrik pahang even tak apply sini. asal dia campak aku dekat sini tak tahulah, apply johor, melaka, negeri sembilan kot π
So my family and i came all the way from Pasir gudang, Johor to Gambang, Pahang. Took about 5 hours to reach Kuantan. and we stay for a night at the town. Esoknya pagi tu gerak ke matrik dalam pukul 11 and ready untuk pendaftaran. Better sebelum datang tu daftar online untuk pendaftaran bilik sebab nanti tak payah la kelam kabut masa datang tu baru nak daftar. kalau lambat kannn nanti dapat tingkat 3 hah ambik kau tiap hari turun naik penat weh πͺ . aku dah daftar online so dah tahu dah dapat bilik mana. C2.T2.03 tu nombor bilik i ok haha. C2 maksudnya blok C2, t2 pulak tingkat dan 03 maksud nombor bilik.
So lepas daftar semua nanti ada taklimat dari Pengarah matrik bersama ibu bapa. Selepas tu naik bilik kemas semua, parents pun balik. Rasa sebak jugak la sebab first time kot jauh dengan mak bapak hmm π’. And then mulalah kehidupan sebagai pelajar matrik. Minggu orientasi pun bermulalah. Orientasi memang bosanlah kan kena bangun awal gila pastu tidur lambat, penuh dengan aktiviti semua. Masuk matrik kita akan diberi mentor yang konon seperti ibu bapa angkat kita la iaitu pensyarah matrik sendiri dan juga dapat group dengan mentee yang lain. Group ni dipanggil LDK tak tahulah ap maksud tu kan. Aku dapat LDK 35. Jumpa la kawan dari negeri lain lain and then kena ice breaking semua. Setiap hari orientasi ada perjumpaan dengan ldk ni. Bosan jugak la haha. Waktu malam ada je ceramah pastu dengan fasilitator dari alumni kmph sendiri cerita pasal pengalaman diorang semua. Nanti fasi jugak akan tunjuk keliling matrik ni semua tu la. Kalau ada apa apa tanya je diorang. Tapi segan la kan haha.
4M1S29 tu nama kelas aku ππΌππΌππΌ habis je orientasi nanti akan diberi kelas. Aku adalah pelajar modul 1. So untuk sesiapa yang nak mohon tukar modul nanti dia akan bagitahu so apply jela. Dulu aku apply nak masuk modul 3 tau tapi tak dapat π maybe rezeki dekat modul 1 so teruskan jela dekat kelas ni. Mula mula memang susah la nak rapat dengan diorang. yela tengok diorang macam jenis belajar je. takut nak dekat. dah la aku kecoh gila kot haha.
4.15 petang, penat oi. Rehat pun masa tengah hari dari pukul 1.15 sampai 2.15 pastu terus sambung
kelas balik. Dekat kmph ada bilik tutorial (BT), Dewan kulaih Besar (DKB), Dewan kuliah kecil (DKK) itu memang tempat setiap hari yang kita akan sentiasa bergerak. Bukan macam sekolah cikgu yang datang ke kelas kita. Tapi dekat matrik ni kita akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Setiap jam bertukar. Kalau dapat BT45 haaaa naik la kau sampai tingkat 4 hahaha. Tapi nanti biasa la tu sebab setiap minggu naik kan haha. Dkk ada 4 manakala dkb ada 2. Makmal pulak banyak fizik kimia biologi semua tu. Nanti budak sains ada diberi satu lab coat yang warna putih. Excited jugak la sebab ada Lab coat endiri kannn hehe. Setiap kali kelas nak ambil gambar dengan coat tu. Setiap kali kelas praktikal ada experiment. Nanti last exp bio kan ada bedah tikus. Tu paling best sekali sebab binatang yg aku geli aku dapat bedah ala ala doktor hahaha.
Setiap blok akan ada cafe sendiri. Untuk makanan korang jangan risau sebab makanan memang sedap lagi lagi cafe A. Ada chicken chop, hotplate, spaghetti, bakso pehhh sedap. Tapi kan ada org cakap yang owner cafe A akan tukar ke cafe blok lain. So maybe tak ramai dah org datang cafe A haha. Katanya pergi ke blok B iaitu blok lelaki. Haaa ramai la nanti pelajar perempuan le blok lelaki. Entah betul ke tidak apa yang sebarkan dekat aku ni hahaha.
As u all know that dekat matrik ni 90% adalah akdemik manakala 10% pulak kokurikulum so bukan belajar je penting, penglibatan aktiviti pun penting. Sebab itu boleh membezakan result kita dengan org lain. So kokurikulm yang aku terlibat adalah bola jaring. Dekat matrik ada KAKOM iaitu karnival kokurikulm Matrikulasi yang melibatkan matrik matrik lain. Besar kot markah dia. Masuk ni je confirm dapat markah penuh, dah tak payah risau dah. Dengar cerita tahun ni maybe kakom ni buat dekat Matrik johor untuk zon selatan. Tahun lepas kmph jadi tuan rumah so aku tak bergerak ke mana pun. Advantage jugak la pada group kitorang sebab lawan dekat tempat sendiri ada supporters dari budak kmph. Rasa bersemangat gila weh time lawan tu. Setiap hari turun padang training, lepas kelas pergi padang buat larian even waktu bulan puasa pun kitorang training. Dengan coach jurulatih yang agak garang iaitu Puan normala la kan. Tapi even dia garang tapi dia baik gila weh. Rindu dekat dia hehe. Pernah jugak la kan nak dekat perlawanan tu coach suruh turun padang lepas subuh suruh kitorang lari dekat track padang pukul 6 gitu kot. Bayangkan pagi pagi tu bangun kena lari dekat padang. Mana ada orang waktu tu memang buang tebiat la kalau org lain nampak tapi kitorang turun jugak la kan. Kena 10 round tapi aku ngelat la buat 3 round je tu pun penat. Dah la sejuk gila pagi pagi tu baru bangun tidur hahaha memang kenangan tak boleh lupa kot. Penat lelah semua tu akhirnya kitorang dapat jadi Johan untuk bola jaring. Alhadulillah rasa gembira gila bila menang. Lawan dengan pelajar matrik lain yang badan lebih besar ada yang wakil negeri semua tu takut jugak la kan. Tapi kitorang menang yayy πͺπΌ. Aku adalah GD bukan g dragon tapi goal defend hahaha.
Aku pun dah tak tahu nak cerita apa lagi. Sebab banyak sangat yang aku fikir. So if anyone has anything to ask just comment and i will make a new entry about it or maybe just answered ur comment.